 |
| jarak fokus yang ditunjukkan pada lensa ialah 24mm
|
Selepas memahami konsep penggunaan shutter speed, kita meneruskan ekspedisi ilmu kepada satu kemahiran yang baru pula, iaitu teknik fokus dan zoom. Kemahiran ini amat penting dalam melahirkan gambar-gambar yang berestika tinggi. Satu pantang larang yang perlu diketahui umum ialah teknik zoom bukanlah sekadar untuk melihat dengan lebih dekat. Satu lagi petua ialah pemilihan jarak fokus yang betul akan memudahkan fotografer untuk mengawal perspektif, sudut pandang, malah magnifikasi gambar yang diambil
Kamera. Hampir semua kamera termasuklah kamera kompak (compact digital camera), dilengkapi dengan lensa untuk zoom. (Zoom? Maksudnya …). Jarak fokus penting untuk menentukan komposisi foto yang diambil. (Komposisi?). Secara tidak langsung, foto yang diambil dapat ditentukan style yang tersendiri selain membangkitkan mood.
 |
| Contoh -contoh gambar dengan komposisi yang berbeza |
Jadi, sudah nampak kepentingan mengetahui cara mengawal jarak fokus dan teknik zoom?
***
Mula-mula, mari kita ambil tahu pasal lensa - kanta. Ada dua jenis lensa: lensa utama iaitu lensa yang berfokus tetap (tidak boleh diubah), dan lensa zoom iaitu yang boleh diubah-ubah jarak fokusnya. Kedua-dua jenis lensa ada kelebihannya dan kekurangannya yang tersendiri.
Lensa utama yang bersifat tetap, saiznya adalah kecil dan ringan. Lensa utama juga lebih pantas aperture-nya berbanding lensa boleh ubah. Kualiti gambar juga lebih baik berbanding lensa boleh ubah walaupun pada jarak fokus yang sama.
Walau bagaimanapun, lensa boleh ubah atau lensa zoom, adalah lebih menyenangkan. Mengapa? Seorang fotografer hanya memerlukan satu atau dua lensa zoom untuk menangkap gambar dalam pelbagai jarak fokus.
Contoh :
![]()
Dengan hanya mengubah nilai jarak fokus, kita akan dapat melihat banyak foto dengan komposisi berbeza; dengan hanya 1-2 lensa boleh ubah sahaja!
Walaupun harganya lebih mahal berbanding lensa utama yang tetap jarak fokusnya, tapi ini pastinya lebih berbaloi berbanding membawa beberapa lensa jarak tetap pada satu-satu masa hanya kerana mahukan hasil gambar berkomposisi berbeza.
***
Jarak fokus boleh juga boleh membawa maksud seberapa banyak gambar tersebut boleh di-zoom. Jarak fokus lazimnya diukur dalam unit milimeter (mm). Lihat pada bahagian hadapan kamera anda, di sekeliling lensa akan tertulis jarak fokusnya. Contoh bagi kamera dalam gambar di atas tadi, jarak fokusnya ialah 18-55mm sahaja, iaitu nilai yang biasa digunakan dalam kit kamera DSLR yang paling asas.
Bagi kamera digital pula, jarak fokus ditulis dengan 2 nilai, iaitu nilai jarak fokus yang sebenar dan nilai yang
setara.
Nilai jarak fokus yang ditunjukkan ditulis dalam 2 nilai, 3,5-5,5/4,25-42,5
Kamera kompak (digicam) mempunyai sensor yang lebih kecil dari DSLR. Jadi, selalunya jarak fokus bagi kamera digital dinilai melalui keupayaan magnifikasi, iaitu sejauh mana boleh di-zoom. Bagi contoh dalam kamera di atas, 10x ialah keupayaan maksimum untuk magnifikasi.
Tahukah apa maksud 10x ini? Nilai 10x ini sebenarnya berkait dengan perbezaan jarak fokus paling maksimum dan minimum. Bagi lensa kamera tersebut, jarak fokusnya ialah 4.25-42.5mm, jadi kuasa magnifikasinya ialah 10x kerana 42.5=10 X 4.25.
Jadi, selepas ini pasti anda tahu jika nilai 'x' lebih tinggi, maka linkungan (range) jarak fokus kamera digital anda adalah lebih luas dan pelbagai komposisi gambar dapat dihasilkan.
***
Lensa sudut pandang yang luas (wide-angle) dan lensa telephoto ialah frasa yang berkait rapat.
Umumnya ramai pengguna kenal dan serasi dengan saiz 35mm, jadi 28mm akan membawa maksud gambar yang akan diambil akan menjadi lebih lebar fokusnya, sementara 200mm membolehkan gambar yang difokus dari jarak jauh akan menjadi jelas. (sila rujuk contoh gambar ladang di atas untuk perbandingan jarak fokus)
Saiz filem 35mm bermaksud ukuran frame filem bagi gambar yang dihasilkan ialah 36 x 24mm. Sebenarnya, sebuah lensa 50mm akan menghasilkan imej yang sama perspektif dan magnifikasi dengan mata manusia di atas filem 35mm SLR. Jadi, dapat difahami bahawa pada sistem filem 35mm, apa-apa jarak fokus yang kurang dari 50mm akan dilabelkan sebagai 'wide-angle' manakala nilai yang melebihi 50mm ialah lensa telefoto.
 |
| 'wide-angle' vs 'telefoto' |
MagnifikasiApabila kita mengubah jarak fokus pada kamera, kita sebenarnya mengubah nilai magnifikasi pada gambar yang akan diambil. Jika kita mahukan satu gambar objek yang berada jauh, automatik jari akan menekan butang zoom supaya objek tersebut nampak lebih besar dan jelas di skrin. Sebenarnya, semakin besar objek tersebut pada skrin, nilai magnifikasinya adalah semakin tinggi, jadi anda sebenarnya sedang menambah jarak fokus tanpa disedari apabila 'zooming in'. :)
Satu fakta lagi, anda akan mendapati bahawa objek yang sama (seperti snoopy di atas), jika dipotong 'crop' dari gambar wide-angle dan dibesarkan seperti saiz telefoto sesudah gambar dihasilkan, anda akan mendapati gambar telefoto adalah lebih jelas dan terperinci. Perbezaan ini disebabkan jenis zoom yang berbeza, iaitu zoom optikal dan zoom digital.
Dalam bahasa mudahnya, zoom digital ialah magnifikasi selepas gambar dihasilkan, manakala zoom optikal ialah sebelum dan semasa sedang menangkap gambar, iaitu dengan cara mengubah jarak fokus.
Angle of view, Depth of Field dan TelefotoBagi gambar potrait, gambar orang perseorangan, tips yang ingin dikongsikan ialah JANGAN gunakan jarak fokus yang pendek (18mm) jika anda sudah berada berhadapan (dekat) dengan wajah yang ingin diambil. Contoh hasil gambar potrait :

A : hidung akan menjadi besar, dahi yang seakan membengkak, sebab salah teknik!
Sebenarnya, cara yang betul untuk mengambil gambar potrait ialah begini. Anda haruslah berada dalam jarak yang agak jauh dari orang tersebut, kemudian gunakan kelebihan pengetahuan anda tentang jarak fokus. Pendek kata, ubah jarak fokus supaya lebih panjang supaya imej akan lebih dekat dan besar. Hasil gambar potrait orang tersebut adalah lebih memuaskan :)
B : ciri-ciri muka adalah kelihatan normal dari segi ratio dan saiz
Seperkara lagi, depth of field pula, bermaksud anda mampu mengubah sejauh mana anda mahu latar belakang menjadi jelas atau tidak.
Merujuk gambar A, dengan menggunakan lensa 'wide-angle' dengan jarak fokus yang pendek, latar belakang kelihatan lebih jelas selepas objek utama.
Tapi, jika dilihat pada perbandingan gambar kedua B, latar belakang kelihatan lebih banyak kabur kerana kurangnya 'depth of field' dalam lensa telefoto berbanding 'wide-angle'.
Akhir kata, pengelaman pertama kadang-kadang pahit, namun janganlah putus mencuba.